Yup..mmg pangalaman itu pahit..tapi pahit itu sekejap je..sebenarnya hal2 keduniaan kita seharian susah nak diduga..almaklumlah, kitakan manusia biasa, hanya dapat tahu dari sumber pancar indera telingan dan mata sahaja..
tapi bile difikirkan selepas kali kedua..OMG dan Thanks God..n Owh..inikah sbbnya?? camne tuelah..:) bile pikir2, mmg kita tidak keseorangan..bantuan tue bukan datang cara kita nampak tapi dengan cara pengalaman yang kita lalui..
hmm..mmg susah nak terangkan setiap kejadian yang berlaku..bile time paling kemuncak..kita diduga dengan keadaan yang paling menyedihkan dan paling kita takutkan.. setiap perkara yang berlaku selagi kita tabah pasti akan terbuka pintu kebenaran dan penyelesaian segala masalah..Yakini pasti yang ada untuk membantu..
Thursday, May 3, 2012
Saturday, April 21, 2012
POOR ANGEL
Jadi seorang yang baik hati tidak menjamin hidup akan bahagia. Jadi seorang yang tidak pernah berkira tidak akan menjamin orang tidak akan pernah berkira dengan kita. Pengalaman sebegini membuatkan kita rasa keliru, masih ada lagikah wujudnya keadilan dalam dunia ini. Segala duit dan kemewahan yang kita perolehi dikongsi bersama kawan-kawan yang dalam kesusahan. Setiap sen yang diperolehi dibelanjakan dengan cara dapat memberi manafaat kepada ramai orang. Ya!! memang kebajikan yang diberikan perlu ikhlas dan tidak mengharapkan pulangan tapi sejauh manakah keikhlasan yang manpu kita tampung. bagaimana pula jika setelah kita memberi, pulangan yang negetif kita perolehi?'kawan' merupakan satu istilah yang sangat umun. kita perlu kawan kerana manusia perlukan teman. Segala pemberian dari kawan walaupun ia sekecil-kecil nilainya dan dinyatakan tidak perlu apa-apa balasan tapi hakikatnya adalah berbeza. Pemberian dan hadiah tersebut adalah sebagai cagaran untuk mengekalkan hubungan 'kawan' tersebut. Bagi seseorang yang mempunyai masalah keluarga seperti penceraian dan sebagainya, 'kawan' adalah ibarat keluarga kedua mereka.
Tanpa kita sedari, kawan adalah merupakan faktor utama perkembangan identiti dan sikap kita. Disebabkan kawan, ramai dikalangan kita yang merokok, ponteng sekolah, suka shopping, lepak, rempit dan sebagainya. Tapi mereka tidak diboleh disalahkan oleh faktor-faktor ini kerana mereka juga dijajah oleh 'kawan' yang lain. Tetapi mereka patut dihukum apabila dan jika mereka KIANAT, PECAH AMANAH, BOHONG dan sebagainya. Sebenarnya, benarkah kita pasti mereka akan sentiasa menyokong kita apabila kesusahan dan sentiasa berada di sisi kita jika kita memerlukan?
Disebabkan kawan, ada dikalangan kita perlu menanggung hukuman kesalahan yang dia tidak pernah lakukan. disebabkan kawan ada juga telah jatuh muflis dalam perniagaan. disebabkan kawan ada yang telah menanggung malu dan maruah tergadai. BFF - best freinds forever hanya akan wujud dalam dua keadaan yang sama rata. Susah sama susah, senang sama senang. Dalam keadaan kita dari senang kepada susah, kita akan jelas dapat perhatikan sedikit demi sedikit kawan-kawan yang sentiasa gelak tawa bersama selama ini akan pergi meninggalkan kita. mereka yang tidak pernah berkira akan mula berkira dengan kita. Pada waktu ini, segala kebajikan yang telah kita sumbang selama ini telah dilupakan oleh mereka. Yakini mereka hanya memikirkan masalah mereka dan tidak akan berkongsi untuk membantu kita.
mungkin inilah yang diungkapkan dalam pantun, buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali-kali. dulu penulis tidak faham akan istilah 'buat baik perpada-pada'. Kenapa kita perlu berhati-hati atau berbuat baik itu hanya sekadar diperlukan? Tetapi ternyata ungkapan tersebut adalah tepat dan benar. Tidak usahlah kita menjadi insan terlalu baik umpana bidadari, yang hanya akan menangis bersendirian dikemudian hari. Semakin banyak yang kita berikan semakin banyak yang akan kita tangisi. Mungkin ada yang menyatakan penulis belum berjumpa dengan 'kawan' yang betul. Percayalah, kawan ialah kawan dan dia tidaklah sempurna. Reality adalah reality bukanlah Fantasy..:)
KAWAN? ATAU LEBAH?
Sepajang kehidupan kita, orang yang paling kita banyak habiskan masa adalah "kawan". Kawan kolej,kawan kerja, kawan lepak dan mcm lagi. Dan rasanya tidak ada seorang manusia yg tidak ada "kawan", malah jika manusia tersebut terkurung didalam sekalipun pasti akan ada "kawan" sebagai peneman.
Fantasi persahabatan adalah cukup indah, bermain bersama, makan dan minum bersama, susah ditangisi bersama, dan senang dikonsi bersama. Dua kanak2 kecil yg bersahabat akan berkongsi makanan yg ada, saling membantu dan gembira bersama. Dua remaja yg bersahabat menjadi tempat bergantungan antara satu sama lain. Berkongsi barang2 yg dihargai, yg mengembirakan, yg sedap. dan menjadi tempat mengadu dan berharap ketika dalam kesusahan. Kawan yg akrab, akan dapat mengentahui perasaan sahabat baiknya hanya dengan riak wajah air muka sahabatnya itu. susah senang dikonsi bersama.
REALITI.. Jika anda mempunyai wang yang banyak dan seorang yg pemurah, pasti akan dikerumi oleh "kawan-kawan" yang ramai. Jika tidak, rajin2 lah kosongkan masa anda untuk bersama-sama lepak bersama kawan. Ibarat lebah yang hinggap dibunga sementara madunya masih ada.
##xpernah jumpa lagi kawan yang seindah Fantasi. Walaupun ada kawan yg dapat memahami kesusahan kita, namun hakikatnya ketika kita benar2 kesusahan, yang akrab pun boleh duk diam menyepi.. Ya.. mungkin ramai yg menepuk bahu agar sentiasa kita ketika kesusahan. Tapi berapa ramai Kawan yang akan menghulur bantuan kewangan bila kita benar2 memerlukan? Yang meminta lebih ramai dari yg memberi..THAT REALITY..
Fantasi persahabatan adalah cukup indah, bermain bersama, makan dan minum bersama, susah ditangisi bersama, dan senang dikonsi bersama. Dua kanak2 kecil yg bersahabat akan berkongsi makanan yg ada, saling membantu dan gembira bersama. Dua remaja yg bersahabat menjadi tempat bergantungan antara satu sama lain. Berkongsi barang2 yg dihargai, yg mengembirakan, yg sedap. dan menjadi tempat mengadu dan berharap ketika dalam kesusahan. Kawan yg akrab, akan dapat mengentahui perasaan sahabat baiknya hanya dengan riak wajah air muka sahabatnya itu. susah senang dikonsi bersama.REALITI.. Jika anda mempunyai wang yang banyak dan seorang yg pemurah, pasti akan dikerumi oleh "kawan-kawan" yang ramai. Jika tidak, rajin2 lah kosongkan masa anda untuk bersama-sama lepak bersama kawan. Ibarat lebah yang hinggap dibunga sementara madunya masih ada.
##xpernah jumpa lagi kawan yang seindah Fantasi. Walaupun ada kawan yg dapat memahami kesusahan kita, namun hakikatnya ketika kita benar2 kesusahan, yang akrab pun boleh duk diam menyepi.. Ya.. mungkin ramai yg menepuk bahu agar sentiasa kita ketika kesusahan. Tapi berapa ramai Kawan yang akan menghulur bantuan kewangan bila kita benar2 memerlukan? Yang meminta lebih ramai dari yg memberi..THAT REALITY..
Friday, April 20, 2012
LOVE IS SUCK
Alangkah indahnya jika ada seseorang yang menjaga, sentiasa mengambil berat dan sentiasa memberikan satu kejutan yang romantis kepada kita pada setiap hari. Setaip hari dia akan hantar txt "Selamat pagi Sayang..!! i Miss u alot..<3!!" tanpa mengharapkan balasan. Waktu kita gembira dia selalu berada di samping kita, menemani kita untuk sama2 meraikan kegembiraan kita bersama-sama. Pada waktu kita sakit, dia sangat mengambil berat akan keadaan kita, dan dia amat bimbang akan kesihatan kita sehinggakan perasaan bimbang tersebut jelas terukir di air mukanya, dengan ucapan manis, "Sayang, bile awak sakit wat saya sakit sama!! saya harap awak cepat sembuh!! Love u..". Setiap hari, perasaan penat, tekanan waktu belajar dan kerja dapat dilenyapkan dengan kehadiraannya di sisi kita seharian. Dalam fikirannya hanyalah wujud kita dan dalam fikiran kita juga hanyalah wujud dia. tapi perhubungan ini adalah sihat, di mana masing-masing saling mempercayai satu sama lain. Masing percaya tidak ada yang dapat meleraikan ikatan cinta antara meraka berdua dan tiada orang yang dapat menghalang perhubungan cinta mereka. mereka bagaikan hidup di alam mereka sendiri. Setiap kali berjumpa bagaikan sudah lama tidak berjumpa dan setiap kali perpisahan merupakan perpisah yang amat berat.
Perasaan pedih dan perit dalam hati yang xpernah dirasai, seperti hati dihiris hidup2 dan pabila perasaan sakit hilang, perasaan kosong umpama semua organ dalaman hilang dalam badan. Suasana bising dan angin yang bertiup terhenti seketika diganti dengan perasaan yang amat-amat sunyi. Walaupun air mata ditahan dari mengalir, ia tetap keluar dari kelopak mata, tidak mampu untuk menahan, mengalir deras tanpa kata-kata. Walaupun masih ada orang-orang sekeliling perasaan yang muncul tidak manpu ditutup. inilah perasaan yang sukar untuk dimengerti, perasaan tabah sudah kalah kegagalan untuk memiliki insan yang disayangi. Segala, pengorbanan dan usaha telah dicurahkan. segala keperluan disediakan, segala masalah si dia diuraikan, namun cinta masih tidak terbalas. Namun, didorong oleh perasaan CINTA, cinta dipendam dan mengharapkan yang terbaik untuk si dia. segala keperluan, masalah masih disediakan demi cinta kepada si dia, dan bila tiba masa si dia tidak memerlukan bantuan dan sokongan, kita akan berundur diri dengan perasaan cinta yang sentiasa wujud dalam jiwa yang pasrah ini. "Walaupun kita berpisah, namun i tetap cintakan u. Maafkan i jikalau kehadiran i membuatkan u terganggu. I doakan u akan bahagia dengan insan yang u pilih kelak. Namun jangan minta i untuk lupakan u"
Idelogi percinta dikalangan manusia amat berbeza. masing-masing mempunyai takrifan cinta yang tersendiri. Ada yang mengharap dia dicintai namun tidak sedar bahawa cintanya hanya satu hala, menerima tanpa membalas. Ada pula istilah cinta perlu pengorbanan dan ada pula tidak bersetuju yang menyatakan cinta perlu usaha. Pada peringkat awal percintaan, banyak janji2 dinyatakan, namun apabila ada masalah dikemudian hari, semua janji2 dilupakan malah kesalahan sering kali ditujukan kepada pasangan masing-masing. tapi apa yang menyakitkan adalah, cinta itu hanya wujud pada satu arah. Perasaan cinta tidak berbalas amatlah menyakitkan. Setiap hari orang yang kita cintai akan hanya melemparkan perasaan dingin. Perasaan cinta kadang-kadang hanya mampu disimpan kerana risau akan wujud jurang perbezaan dengan perhubungan yang wujud antara dia sekarang. dan kadang kala, walaupun telah dinyatakan perasaan cinta itu, dia hanya sekadar menyahut dengan perasaan dingin. Tetapi perkara yang amat menyakit lagi apabila pasangan sudah berubah sikap dan layanan. Perasaan cinta sudah tidak wujud dan yang tinggal hanya perasaan 'JUST ME'!!
Sebenarnya bagi penulis cinta perlu suci dari perkara2 seperti sex, duit, atau kesenangan dan kemewahan. Bagi orang yang hidup dalam dunia kebebasan pergaulan contohnya, cinta dinilai dari segi kepuasan sex, kemampuan batin pasangan. makin puas pasangan diperolehi dari ranjang maka makin rindu seseorang itu pada pasangannya. Setiap panggilan telipon, perkara yang akan selalu diunggapkan, 'Gersanglah sayang!!' dan sebagainya.
Dan perhubungan cinta itu berlandaskan duit dan kemewahan, ungkapan keperluan kewangan selalu diungkapkan. Hutang dan memohon simpati kewangan. Tidaklah salah untuk memohon bantuan atau saling menolong, tapi perasaan cinta ini akan terganggu apabila pasangan tidak lagi mampu menolong pasangannya apabila ekonomi pasangan yang mewah mengalami masalah. Bile sahaja telipon diangkat " Sayang u ada duit x? i perlukan duit sekarang nie. Please sayang..!!" dan bile dapat imbuhan " Sayang i love u so much!! thank for helping me" Tapi bile xdapat "k...xpa, i try mintak ngan orang lain.. k bye..miss u"
Perasaan pedih dan perit dalam hati yang xpernah dirasai, seperti hati dihiris hidup2 dan pabila perasaan sakit hilang, perasaan kosong umpama semua organ dalaman hilang dalam badan. Suasana bising dan angin yang bertiup terhenti seketika diganti dengan perasaan yang amat-amat sunyi. Walaupun air mata ditahan dari mengalir, ia tetap keluar dari kelopak mata, tidak mampu untuk menahan, mengalir deras tanpa kata-kata. Walaupun masih ada orang-orang sekeliling perasaan yang muncul tidak manpu ditutup. inilah perasaan yang sukar untuk dimengerti, perasaan tabah sudah kalah kegagalan untuk memiliki insan yang disayangi. Segala, pengorbanan dan usaha telah dicurahkan. segala keperluan disediakan, segala masalah si dia diuraikan, namun cinta masih tidak terbalas. Namun, didorong oleh perasaan CINTA, cinta dipendam dan mengharapkan yang terbaik untuk si dia. segala keperluan, masalah masih disediakan demi cinta kepada si dia, dan bila tiba masa si dia tidak memerlukan bantuan dan sokongan, kita akan berundur diri dengan perasaan cinta yang sentiasa wujud dalam jiwa yang pasrah ini. "Walaupun kita berpisah, namun i tetap cintakan u. Maafkan i jikalau kehadiran i membuatkan u terganggu. I doakan u akan bahagia dengan insan yang u pilih kelak. Namun jangan minta i untuk lupakan u"Idelogi percinta dikalangan manusia amat berbeza. masing-masing mempunyai takrifan cinta yang tersendiri. Ada yang mengharap dia dicintai namun tidak sedar bahawa cintanya hanya satu hala, menerima tanpa membalas. Ada pula istilah cinta perlu pengorbanan dan ada pula tidak bersetuju yang menyatakan cinta perlu usaha. Pada peringkat awal percintaan, banyak janji2 dinyatakan, namun apabila ada masalah dikemudian hari, semua janji2 dilupakan malah kesalahan sering kali ditujukan kepada pasangan masing-masing. tapi apa yang menyakitkan adalah, cinta itu hanya wujud pada satu arah. Perasaan cinta tidak berbalas amatlah menyakitkan. Setiap hari orang yang kita cintai akan hanya melemparkan perasaan dingin. Perasaan cinta kadang-kadang hanya mampu disimpan kerana risau akan wujud jurang perbezaan dengan perhubungan yang wujud antara dia sekarang. dan kadang kala, walaupun telah dinyatakan perasaan cinta itu, dia hanya sekadar menyahut dengan perasaan dingin. Tetapi perkara yang amat menyakit lagi apabila pasangan sudah berubah sikap dan layanan. Perasaan cinta sudah tidak wujud dan yang tinggal hanya perasaan 'JUST ME'!!
Sebenarnya bagi penulis cinta perlu suci dari perkara2 seperti sex, duit, atau kesenangan dan kemewahan. Bagi orang yang hidup dalam dunia kebebasan pergaulan contohnya, cinta dinilai dari segi kepuasan sex, kemampuan batin pasangan. makin puas pasangan diperolehi dari ranjang maka makin rindu seseorang itu pada pasangannya. Setiap panggilan telipon, perkara yang akan selalu diunggapkan, 'Gersanglah sayang!!' dan sebagainya.
Dan perhubungan cinta itu berlandaskan duit dan kemewahan, ungkapan keperluan kewangan selalu diungkapkan. Hutang dan memohon simpati kewangan. Tidaklah salah untuk memohon bantuan atau saling menolong, tapi perasaan cinta ini akan terganggu apabila pasangan tidak lagi mampu menolong pasangannya apabila ekonomi pasangan yang mewah mengalami masalah. Bile sahaja telipon diangkat " Sayang u ada duit x? i perlukan duit sekarang nie. Please sayang..!!" dan bile dapat imbuhan " Sayang i love u so much!! thank for helping me" Tapi bile xdapat "k...xpa, i try mintak ngan orang lain.. k bye..miss u"Thursday, April 19, 2012
KEBENARAN YANG PAHIT
Bile kita tengok sebuah filem atau bile kita baca sebuah novel atau buku cerita atau bile kita mimpikan sesuatu dalam angan-angan kita, ia merupakan sesuatu yang sangat indah. dan bile kita merancang sesuatu dalam hidup kita, kita berharap sesuatu itu berakhir dengan sesuatu yang cukup indah. perasaan gembira, perasaan untuk memiliki adalah umpama kita menang sebuah cabutan bertuah yang bernilai jutaan ringgit. Perasaan tersebut boleh membuatkan diri kita rasa seperti terapung-apung diawangan ibarat kitalah orang yang paling bertuah dalam hidup kat dunia nie.
Dalam sebuah novel, diceritakan bagaimana usaha2 penulis novel yang diibaratkan itu merupakan kisah hidup mereka. cuba kita fikir sejenak atau cuba pula anda tulis kisah hidup anda dan rangka penghabisan cerita kisah hidup anda tersebut. Pastinya anda sukar untuk menulis dibahagian terakhir novel kerana kita sendiri pun tidak pasti akan pengakhiran yang sempurna dalam hidup kita.
Tapi, hakikat yang nyata adalah sebaliknya, kita bukanya rasa terapungan diawangan, orang yang paling bertuah ataupun perasaan indah seperti yang diharapkan. malah kita diibaratkan rasa sesak nafas, dipencilkan dan perasaan yang sangat malang ibarat walaupun kawan-kawan atau ramai orang disekeling kita, kita masih merasakan seperti disisihkan tanpa bantuan seperti sesat dalam lautan manusia tanpa arah pertunjuk dan pergantungan.
Dan bile kita menadah tangan mengharapkan sesuatu, jawapan yang sentiasa dibalas hanyalah sekadar diam tanpa menbalas. namun kita masih menadah tangan mengharapkan rintihan dan luahan hati dan perasaan agar ada yang masih sudi mendengar. Namun adakah hati ini sanggup untuk sentiasa sabar? kekal untuk percaya bahawa masih ada yang sanggup menolong dan memberi sesuatu yang diingini? Dan adakah novel dan cerita hanyalah rekaan semata yang mungkin dapat menyesatkan jiwa nurani manusia.
Dalam sebuah novel, diceritakan bagaimana usaha2 penulis novel yang diibaratkan itu merupakan kisah hidup mereka. cuba kita fikir sejenak atau cuba pula anda tulis kisah hidup anda dan rangka penghabisan cerita kisah hidup anda tersebut. Pastinya anda sukar untuk menulis dibahagian terakhir novel kerana kita sendiri pun tidak pasti akan pengakhiran yang sempurna dalam hidup kita.
Tapi, hakikat yang nyata adalah sebaliknya, kita bukanya rasa terapungan diawangan, orang yang paling bertuah ataupun perasaan indah seperti yang diharapkan. malah kita diibaratkan rasa sesak nafas, dipencilkan dan perasaan yang sangat malang ibarat walaupun kawan-kawan atau ramai orang disekeling kita, kita masih merasakan seperti disisihkan tanpa bantuan seperti sesat dalam lautan manusia tanpa arah pertunjuk dan pergantungan.
Dan bile kita menadah tangan mengharapkan sesuatu, jawapan yang sentiasa dibalas hanyalah sekadar diam tanpa menbalas. namun kita masih menadah tangan mengharapkan rintihan dan luahan hati dan perasaan agar ada yang masih sudi mendengar. Namun adakah hati ini sanggup untuk sentiasa sabar? kekal untuk percaya bahawa masih ada yang sanggup menolong dan memberi sesuatu yang diingini? Dan adakah novel dan cerita hanyalah rekaan semata yang mungkin dapat menyesatkan jiwa nurani manusia.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)




