Pages

Friday, April 20, 2012

LOVE IS SUCK

Alangkah indahnya jika ada seseorang yang menjaga, sentiasa mengambil berat dan sentiasa memberikan satu kejutan yang romantis kepada kita pada setiap hari. Setaip hari dia akan hantar txt "Selamat pagi Sayang..!! i Miss u alot..<3!!" tanpa mengharapkan balasan. Waktu kita gembira dia selalu berada di samping kita, menemani kita untuk sama2 meraikan kegembiraan kita bersama-sama. Pada waktu kita sakit, dia sangat mengambil berat akan keadaan kita, dan dia amat bimbang akan kesihatan kita sehinggakan perasaan bimbang tersebut jelas terukir di air mukanya, dengan ucapan manis, "Sayang, bile awak sakit wat saya sakit sama!! saya harap awak cepat sembuh!! Love u..". Setiap hari, perasaan penat, tekanan waktu belajar dan kerja dapat dilenyapkan dengan kehadiraannya di sisi kita seharian. Dalam fikirannya hanyalah wujud kita dan dalam fikiran kita juga hanyalah wujud dia. tapi perhubungan ini adalah sihat, di mana masing-masing saling mempercayai satu sama lain.  Masing percaya tidak ada yang dapat meleraikan ikatan cinta antara meraka berdua dan tiada orang yang dapat menghalang perhubungan cinta mereka. mereka bagaikan hidup di alam mereka sendiri. Setiap kali berjumpa bagaikan sudah lama tidak berjumpa dan setiap kali perpisahan merupakan perpisah yang amat berat.


Perasaan pedih dan perit dalam hati yang xpernah dirasai, seperti hati dihiris hidup2 dan pabila perasaan sakit hilang, perasaan kosong umpama semua organ dalaman hilang dalam badan. Suasana bising dan angin yang bertiup terhenti seketika diganti dengan perasaan yang amat-amat sunyi. Walaupun air mata ditahan dari mengalir, ia tetap keluar dari kelopak mata, tidak mampu untuk menahan, mengalir deras tanpa kata-kata. Walaupun masih ada orang-orang sekeliling perasaan yang muncul tidak manpu ditutup. inilah perasaan yang sukar untuk dimengerti, perasaan tabah sudah kalah kegagalan untuk memiliki insan yang disayangi. Segala, pengorbanan dan usaha telah dicurahkan. segala keperluan disediakan, segala masalah si dia diuraikan, namun cinta masih tidak terbalas. Namun, didorong oleh perasaan CINTA, cinta dipendam dan mengharapkan yang terbaik untuk si dia. segala keperluan, masalah masih disediakan demi cinta kepada si dia, dan bila tiba masa si dia tidak memerlukan bantuan dan sokongan, kita akan berundur diri dengan perasaan cinta yang sentiasa wujud dalam jiwa yang pasrah ini. "Walaupun kita berpisah, namun i tetap cintakan u. Maafkan i jikalau kehadiran i membuatkan u terganggu. I doakan u akan bahagia dengan insan yang u pilih kelak. Namun jangan minta i untuk lupakan u"


Idelogi percinta dikalangan manusia amat berbeza. masing-masing mempunyai takrifan cinta yang tersendiri. Ada yang mengharap dia dicintai namun tidak sedar bahawa cintanya hanya satu hala, menerima tanpa membalas. Ada pula istilah cinta perlu pengorbanan dan ada pula tidak bersetuju yang menyatakan cinta perlu usaha. Pada peringkat awal percintaan, banyak janji2 dinyatakan, namun apabila ada masalah dikemudian hari, semua janji2 dilupakan malah kesalahan sering kali ditujukan kepada pasangan masing-masing. tapi apa yang menyakitkan adalah, cinta itu hanya wujud pada satu arah. Perasaan cinta tidak berbalas amatlah menyakitkan. Setiap hari orang yang kita cintai akan hanya melemparkan perasaan dingin. Perasaan cinta kadang-kadang hanya mampu disimpan kerana risau akan wujud jurang perbezaan dengan perhubungan yang wujud antara dia sekarang. dan kadang kala, walaupun telah dinyatakan perasaan cinta itu, dia hanya sekadar menyahut dengan perasaan dingin. Tetapi perkara yang amat menyakit lagi apabila pasangan sudah berubah sikap dan layanan. Perasaan cinta sudah tidak wujud dan yang tinggal hanya perasaan  'JUST ME'!!



Sebenarnya bagi penulis cinta perlu suci dari perkara2 seperti sex, duit, atau kesenangan dan kemewahan. Bagi orang yang hidup dalam dunia kebebasan pergaulan contohnya, cinta dinilai dari segi kepuasan sex, kemampuan batin pasangan. makin puas pasangan diperolehi dari ranjang maka makin rindu seseorang itu pada pasangannya. Setiap panggilan telipon, perkara yang akan selalu diunggapkan, 'Gersanglah sayang!!' dan sebagainya. 
Dan perhubungan cinta itu berlandaskan duit dan kemewahan, ungkapan keperluan kewangan selalu diungkapkan. Hutang dan memohon simpati kewangan. Tidaklah salah untuk memohon bantuan atau saling menolong, tapi perasaan cinta ini akan terganggu apabila pasangan tidak lagi mampu menolong pasangannya apabila ekonomi pasangan yang mewah mengalami masalah. Bile sahaja telipon diangkat " Sayang u ada duit x? i perlukan duit sekarang nie. Please sayang..!!" dan bile dapat imbuhan " Sayang i love u so much!! thank for helping me" Tapi bile xdapat "k...xpa, i try mintak ngan orang lain.. k bye..miss u"



No comments:

Post a Comment