Pages

Thursday, April 19, 2012

KEBENARAN YANG PAHIT

Bile kita tengok sebuah filem atau bile kita baca sebuah novel atau buku cerita atau bile kita mimpikan sesuatu dalam angan-angan kita, ia merupakan sesuatu yang sangat indah. dan bile kita merancang sesuatu dalam hidup kita, kita berharap sesuatu itu berakhir dengan sesuatu yang cukup indah. perasaan gembira, perasaan untuk memiliki adalah umpama kita menang sebuah cabutan bertuah yang bernilai jutaan ringgit. Perasaan tersebut boleh membuatkan diri kita rasa seperti terapung-apung diawangan ibarat kitalah orang yang paling bertuah dalam hidup kat dunia nie.


Dalam sebuah novel, diceritakan bagaimana usaha2 penulis novel yang diibaratkan itu merupakan kisah hidup mereka. cuba kita fikir sejenak atau cuba pula anda tulis kisah hidup anda dan rangka penghabisan cerita kisah hidup anda tersebut. Pastinya anda sukar untuk menulis dibahagian terakhir novel kerana kita sendiri pun tidak pasti akan pengakhiran yang sempurna dalam hidup kita.


Tapi, hakikat yang nyata adalah sebaliknya, kita bukanya rasa terapungan diawangan, orang yang paling bertuah ataupun perasaan indah seperti yang diharapkan. malah kita diibaratkan rasa sesak nafas, dipencilkan dan perasaan yang sangat malang ibarat walaupun kawan-kawan atau ramai orang disekeling kita, kita masih merasakan seperti disisihkan tanpa bantuan seperti sesat dalam lautan manusia tanpa arah pertunjuk dan pergantungan. 




Dan bile kita menadah tangan mengharapkan sesuatu, jawapan yang sentiasa dibalas hanyalah sekadar diam tanpa menbalas. namun kita masih menadah tangan mengharapkan rintihan dan luahan hati dan perasaan agar ada yang masih sudi mendengar. Namun adakah hati ini sanggup untuk sentiasa sabar? kekal untuk percaya bahawa masih ada yang sanggup menolong dan memberi sesuatu yang diingini? Dan adakah novel dan cerita hanyalah rekaan semata yang mungkin dapat menyesatkan jiwa nurani manusia.

No comments:

Post a Comment