Jadi seorang yang baik hati tidak menjamin hidup akan bahagia. Jadi seorang yang tidak pernah berkira tidak akan menjamin orang tidak akan pernah berkira dengan kita. Pengalaman sebegini membuatkan kita rasa keliru, masih ada lagikah wujudnya keadilan dalam dunia ini. Segala duit dan kemewahan yang kita perolehi dikongsi bersama kawan-kawan yang dalam kesusahan. Setiap sen yang diperolehi dibelanjakan dengan cara dapat memberi manafaat kepada ramai orang. Ya!! memang kebajikan yang diberikan perlu ikhlas dan tidak mengharapkan pulangan tapi sejauh manakah keikhlasan yang manpu kita tampung. bagaimana pula jika setelah kita memberi, pulangan yang negetif kita perolehi?'kawan' merupakan satu istilah yang sangat umun. kita perlu kawan kerana manusia perlukan teman. Segala pemberian dari kawan walaupun ia sekecil-kecil nilainya dan dinyatakan tidak perlu apa-apa balasan tapi hakikatnya adalah berbeza. Pemberian dan hadiah tersebut adalah sebagai cagaran untuk mengekalkan hubungan 'kawan' tersebut. Bagi seseorang yang mempunyai masalah keluarga seperti penceraian dan sebagainya, 'kawan' adalah ibarat keluarga kedua mereka.
Tanpa kita sedari, kawan adalah merupakan faktor utama perkembangan identiti dan sikap kita. Disebabkan kawan, ramai dikalangan kita yang merokok, ponteng sekolah, suka shopping, lepak, rempit dan sebagainya. Tapi mereka tidak diboleh disalahkan oleh faktor-faktor ini kerana mereka juga dijajah oleh 'kawan' yang lain. Tetapi mereka patut dihukum apabila dan jika mereka KIANAT, PECAH AMANAH, BOHONG dan sebagainya. Sebenarnya, benarkah kita pasti mereka akan sentiasa menyokong kita apabila kesusahan dan sentiasa berada di sisi kita jika kita memerlukan?
Disebabkan kawan, ada dikalangan kita perlu menanggung hukuman kesalahan yang dia tidak pernah lakukan. disebabkan kawan ada juga telah jatuh muflis dalam perniagaan. disebabkan kawan ada yang telah menanggung malu dan maruah tergadai. BFF - best freinds forever hanya akan wujud dalam dua keadaan yang sama rata. Susah sama susah, senang sama senang. Dalam keadaan kita dari senang kepada susah, kita akan jelas dapat perhatikan sedikit demi sedikit kawan-kawan yang sentiasa gelak tawa bersama selama ini akan pergi meninggalkan kita. mereka yang tidak pernah berkira akan mula berkira dengan kita. Pada waktu ini, segala kebajikan yang telah kita sumbang selama ini telah dilupakan oleh mereka. Yakini mereka hanya memikirkan masalah mereka dan tidak akan berkongsi untuk membantu kita.
mungkin inilah yang diungkapkan dalam pantun, buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali-kali. dulu penulis tidak faham akan istilah 'buat baik perpada-pada'. Kenapa kita perlu berhati-hati atau berbuat baik itu hanya sekadar diperlukan? Tetapi ternyata ungkapan tersebut adalah tepat dan benar. Tidak usahlah kita menjadi insan terlalu baik umpana bidadari, yang hanya akan menangis bersendirian dikemudian hari. Semakin banyak yang kita berikan semakin banyak yang akan kita tangisi. Mungkin ada yang menyatakan penulis belum berjumpa dengan 'kawan' yang betul. Percayalah, kawan ialah kawan dan dia tidaklah sempurna. Reality adalah reality bukanlah Fantasy..:)

No comments:
Post a Comment